ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
Masyarakat
Melayu bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu.
Pengusaan teknologi menjadi asas kepada kemunculan tamadun dan susunan
masyarakat kompleks. Amalan bermesyuarah menekankan nilai kesakasamaan antara
ahli-ahlinya. Lazimnya diamalkan dalam kalangan masyarakat desa manakala dalam
masyarakat bangsawan dan istana, raja atau sultan berkuasa mutlak. Hasil
daripada interaksi dengan tamadun-tamadun luar, Orang Melayu terbuka kepada
idea-idea baru untuk memantapkan lagi tamadun Melayu. Sebagai contohnya, zaman
Agama Hindu dan Buddha berpengaruh di Alam Melayu. Antara keistimewaan orangv
Melayu ialah kebolehan mereka menyesuaikan nilai-nilai luar dengan nilai-nilai
tempatan.
Kemunculan Tamadun Melayu Hasil
Penguasaan Laluan Perdagangan
Kerajaan
Melayu telah wujud seawall 2500 tahun dahulu di Lembah Bujang, Kedah dan di
Kuala Selinsing, Perak. Pandangan jarak jauh yang dikuasai pemimpin sesebuah
kerajaan menjadi petanda kewujudan susunan masyarakat kompleks. Kebolehan untuk
berinteraksi dengan masyarakat luar, bersifat terbuka, menghormati
undang-undang tempatan dan mengambil kira pandangan orang lain antara nilai
dalam tamadun Melayu yang berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan.
Pembentukan Empayar Melayu Sebelum
Kedatangan Islam
Melalui
penguasaan maritim, masyarakat Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di
rantau Asia Tenggara. Pengaruh Hindu-Buddha dapat dilihat pada monument
keagamaan seperti candi Lembah Bujang, candi Borubudur di Jogjakartadan Angkor
Wat di Kemboja. Walaupun asasnya dari Tamdun India, orang Melayu telah
menghasilkan satu bnetuk kesenian yang tersendiri dan berbeza.
Dua
empayar Melayu yang besar ialah Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya dan
kedua-duanya menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Kerajaan-kerajaan
Melayu awal seperti Langkasuka dan Beruas di Malaysia dan juga temasuk Sri
Vijaya dicatat dalam tulisan sarjana India dan Cina.
Tamadun Melayu Selepas Kedatangan
Islam
Agama
Islam dibawa melalui tiga laluan :
1. secara langsung dari laluan
perdagangan laut dari tanah Arab dan Parsi.
2. laluan perdagangan darat ke benua
kecil India sebelum sampai ke kawasan Asia
Tenggara.
3. melalui laluan perdagangan darat
(iaitu Laluan Sutera) ke Tananh Besar Cina
sebelum mengikuti laluan
perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara.
Selepas
kedatangan Islam, Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan Melayu Islam seperti
Acheh, Pasai, Perlak dan Johor-Riau-Lingga menjadi pusat keintelektualan dan
persuratan Melayu. Antara karya yang dihasilkan ialah:
1. Hikayat Raja-raja Pasai
2. Hkayat Amir Hamzah
3. Hukum Kanun Melaka
4. Undang-undang Laut
Melaka
5. Adat Raja-Raja Melayu
6. Hikayat Hang Tuah
7. Sulalat al Salatin
8. Sejarah Melayu
Tokoh-tokoh
alim ulama ialah:
1. Hamzah Fansuri
2. Arshad al-Banjari
3. Syeikh Daud al-Fatani
4. Yusuf al-Makasari
5. Abdul Samag
al-Falimbani
6. Wali Songo
9. Raja Ali Haji
Tamadun
Melayu Islam merupakan zaman kegemilangan tamadun Melayu. Istana dan masjid
menjadi pusat pengembangan ilmu dan agama Islam. Penggunaan Bahasa Melayu yang
meluas sebagai lingua franca, bahasa agama dan bahasa ilmu. Kerajaan Melayu
Melaka telah membentuk sistem perundangan yang dikenali sebagai Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Batu Bersurat Terengganu menunjukkan
kerajaan dan sistem perundangan Islam telah pun wujud di Tanah Melayu seawall
tahun 1303 M.
Comments
Post a Comment