MAKANAN TRADISIONAL-NASI KERABU
MAKANAN TRADISIONAL
Setiap
negeri mempunyai makanan tradisional tersendiri di mana kadang-kadang menjadi
kegemaran orang luar.Salah satunya adalah nasi kerabu yang menjadi makanan
tradisioanal yang sangat disukai oleh pelbagai bangsa.Nasi kerabu merupakan
hidangan nasi asalnya bewarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ayam
goreng,daging bakar,telur masin,budu dan ulam-ulaman lain.Warna biru terhasil daripada
kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.Nasi kerabu amat popular di
negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu,malah sekarang ini ia boleh
didapati di mana-mana sahaja.Terdapat banyak resepi dan cara memasak nasi
kerabu dan ia berbeza mengikut tempat asal malahan juga telah banyak
terpengaruh oleh negeri-negeri lain.
Gambar
hiasan
BAHAN-BAHAN
·
Nasi
·
Beras
·
Air
·
Daun pandan/daun limau
purut
·
1/2 pewarna biru/apa saja warna yang dikehendaki
SAMBAL TUMIS
·
3 biji bawang besar *
dikisar
·
4 ulas bawang putih *
dikisar
·
1 inch halia * dikisar
·
2 batang serai *
dikisar
·
2 senduk cili kisar
·
1 batang serai
·
1 tin santan
·
2-3 asam keeping
·
garam
·
gula
·
gula merah
SAMBAL KELAPA
·
Isi ikan direbus (1
ekor ikan kembung)
·
Kelapa parut goreng
tanpa minyak
·
1 biji bawang besar
·
2 batang serai
·
garam
·
gula
SAMBAL CILI PADI
·
garam
·
gula
·
1 biji air perahan
limau nipis
LAUK NASI KERABU
·
Ayam goreng kunyit
·
Daging bakar dihiris
nipis
·
Telur masin direbus
·
Ulam (kubis,kacang
botol,kacang panjang,bunga kantan,daun kesum,timun,taugeh)
CARA MEMASAK
·
NASI
1) Masak
nasi ikut sukatan macam biasa
2) Masukkan
pewarna biru,daun limau purut dan daun pandan
·
SAMBAL
TUMIS
1) Panaskan
minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai
2) Masukkan
cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan
sekejap.
3) Masukkan
garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.
4) Masukkan
santan dan kacau sehingga santan dan sambal sebati.
5) Kacau
sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.
·
SAMBAL
KELAPA
1) Kisar
isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.
2) Bahan
kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata
3) Masukkan garam dan gula dan digaul rata.
·
SAMBAL
CILI
1) Kisar/tumbuk
cili padi.
2) Campurkan
gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.
HIDANGAN
Hidangkan
nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk
seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran.Nasi
Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk.
Video Temubual
Comments
Post a Comment