PANDANGAN SEMESTA



1.       Akidah Islam
- Akidah islam merupakan asas kepada pandangan semesta yang menitikberatkan keimanan dan ketakwaan kepeda Allah. Segala peritah-Nya perlulah ditaati dan larangan-Nya ditinggalkan. Undur tradisional orang melayu disesuaikan dengan akidah islam.

2.       Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
- Ketaatan dan kesetiaan kepada raja merupakan unsur tradisi masyarakat melayu dari zaman berzaman lagi. Masyarakat melayu amat menekankan nilai menghormati pemimpin.

3.       Berpegang Teguh kepada Adat Resam
- Masyarakat melayu amat berpegang teguh dengan adat resam dan menjadikannya sebagai amalan hidup mereka. Masyarakat melayu amat menjaga adat resam seperti pantang larang dan adat istiadat. Mereka menjaga dan menurunkan adat-adat tersebut kepeda generasi seterusnya.

4.       Memuliakan yang Tua
- Masyarakat tamadun melayu amat mementingkan nilai menghormati dan memuliakan orang yang lebih tua dan berusia. Ini kerana orang yang lebih tua dipandang sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang lebih banyak. Pengalaman dan ilmu adalah sesuatu yang sangat disanjung dalam masyarakat melayu.

5.       Mengutamakan Ikatan Keluarga dan Hubungan Silaturahim
- Orang melayu mementingkan hubungan keluarga dan silaturahim. Ini dapat dilihat melalui gelaran yang digunakan untuk membahasakan diri seseorang seperti datuk, nenek, kakak dan adik.

6.       Saling Menghormati
- Masyarakat tamadun melayu tidak memandang rendah terhadap orang lain. Oleh yang demikian, mereka selalu menghormati orang lain. Penghormatan akan diberi kepada orang yang menghormati orang lain. Manakala orang yang tidak menghormati orang lain akan dipandang rendah.

7.       Meraikan Tetamu
- Masyarakat melayu amat mementingkan sikap meraikan tetamu. Ini kerana, tetamu dianggap sebagai pembawa rezeki menurut ajaran agama islam.

8.       Bertimbang Rasa
- Orang melayu sentiasa mementingkan perasaan dan keadaan orang lain sebelum membuat sesuatu. Sikap ini menjadikan masyarakat melayu tidak mementingkan dirinya sendiri.

9.       Bersopan Santun, Berbudi Bahasa
- Bersopan santun dan berbudi bahasa merupakan sebahagian daripada adat melayu dalam tamadun melayu. Orang yang beradab dianggap sebagai halus budi pekertinya dan disukai oleh orang lain.


10.   Bermesyuarah / Bermuafakat
- Masyarakat melayu mencapai kata sepakat dan persetujuan melalui persetujuan orang ramai. Orang ramai diberi peluang untuk memberikan pendapat mereka dan keputusan dibuat dengan mengambil kira semua pendapat.

11.   Bergotong-royong
-Bergotong-royong merupakan salah satu ciri tamadun melayu. Nilai ini berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan. Gotong-royong diadakan dalam aktiviti seperi kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan.


Pandangan semesta tamadun melayu melalui dua laman, iaitu zaman Pra-Islam dan zaman Islam. Melalui dua zaman ini, dapat dilihat empat nilai yang menjadi pemangkin kehidupan melayu yang menjadi perubahan atau perbezaan antara Pra-Islam dan Islam. Seperti diketahui umum, Pra-Islam dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Budha dan dapat dilihat melaui ungkapan-ungkapan tradisional, manakala Islam dipengaruhi unsur-unsur akidah Islamiyah dan dapat dilihat melalui ungkapan-ungkapan melayu yang berteraskan agama. Pandangan semesta tamadun Melayu-Islam dapat dilihat melaui nilai  bertimbang rasa dan menghormati orang lain, bersopan santun dan berbudi pekerti, serta bergotong-royong dan muafakat.

Setelah kedatangan Islam, pandangan semesta tamadun melayu banyak berteraskan unsur-unsur akidah Islam disamping mengekalkan unsur-unsur tradisi yang diwarisi. Iman dan takwa adalah asas pegangan hidup, pemikiran dan falsafah hidup. Antara contoh unsur-unsur tradisi yang disesuaikan kepada akidah Islam ialah ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin, memuliakan orang tua, serta mengutamakan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim.

Seterusnya, nilai bertimbang rasa dan meghormati orang lain. Semasa Pra-Islam, tegurang diberikan menggunakan kiasan, tetapi selepas Islam menekankan teguran secara berhikmah, maui’zah hasanah dan mujadalah al-husna.

Selain itu, pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam menekankan kepentingan budi pekerti  dalam Islam kepada nilai kehidupan manusia beradab semasa Pra-Islam. 


Akhir sekali, konsep atau nilai bergotong-royong dan muafakat yang menjadi norma masyarakat Melayu. Nilai tersebut merupakan nilai kebudayaan yang selari dengan Islam dan menekankan kepentingan hidup secara berkumpulan.  


Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN TRADISIONAL-NASI KERABU

NILAI-NILAI MURNI