NILAI-NILAI MURNI
1) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- Perkara paling penting dalam agama Islam.
- Asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kehidupan manusia.
- Cara: mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
2) Ketaatan kepada sultan
- Masyarakat melayu taat setia kepada sultan/raja sejak zaman awal tamadun melayu.
- Merupakan sifat turun temurun.
- Merupakan nilai asas dalam tamadun melayu.
- Memberi penghormatan kepada pemerintah sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk memperkukuhkan nilai ketaatan selagi raja.
- Tidak bercanggah dengan syariat.
3) Kepatuhan kepada undang-undang dan adat
- Masyarakat melayu patuh kepada undang-undang dan istiadat seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat akibat .
- Pemahaman terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.
4) Mendahului yang tua
- Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang lebih berusia kerana orang yang lebih tua mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang muda.
- Dalam konteks Islam, Rasulullah tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang tua.
5) Saling menghormati di antara satu sama lain
- Orang melayu saling menghormati.
- Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang melayu.
- Orang Melayu memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain.
6) Meraikan tetamu
- Mengikut ajaran Islam, tetamu seharusnya dilindungi, dimuliakan dan dilayan sebaik mungkin.
- Tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu.
7) Bertimbang rasa
- Orang Melayu sentiasa cuba memikirkan perasaan dan keadaan orang lain sebelum membuat keputusan.
- Mereka mengambil kira perasaan orang lain dan menimbang perasaan mereka dengan orang lain.
8) Bersopan santun dan berbudi pekerti
- Masyarakat melayu mengganggap orang beradab sebagai halus dan orang yang tidak beradab sebagai kasar.
- Orang Melayu sangat mementingkan peradaban dengan mengamalkan budi pekerti yang mulia.
9) Bermuafakat
- Cara masyarakat Melayu mencapai persetujuan ramai.
- Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.
10) Bergotong royong
- Melakukan sesuatu pekerjaan secara bergotong-royong.
- Merupakan nilai-nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.
Comments
Post a Comment