SISTEM DALAM TAMADUN MELAYU


Sistem Pemerintahan

Malaysia merupakan sebuah Negara bangsa berbentuk persekutuan yang dibentuk oleh beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Paksi atau landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu- Islam. Setiap politik Melayu, diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (sistem pemerintahan raja berpelembagaan) adalah sumbangan utama tamadun melayu dalam tamadun Malaysia. Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di Negara kita.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Negara yang mengetuai tiga badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif). Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan Negara dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakilkan tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atau perkenan baginda. Baginda merupakan payung dan paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan Negara. Baginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sistem Perundangan

Antara catatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 M. Ia mengandungi beberapa catatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintah melaksanakan dan menguatkuasakan ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzina, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan.

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-Undang Pahang yang disusun semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyiddin Shah (1592-1614) di bawah pengaruh Undang-Undang Melaka. Dalam era penjajahan misalnya di era British, mereka tidak berjaya merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang Melayu apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union.

Sistem Pendidikan

Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan. Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita. Asas permulaaan pendidikan di  Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga hukum agama. Perkembangan pendidikan ini juga turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama seperti Pasai, Aceh dan Melaka.

Sistem pendidikan tidak formal terhasil daripada pengalaman, pemerhatian dan latihan. Ilmu diturunkan melalui proses pengalaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak langsung. Bagi anak perempuan, mereka diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan. Ulama turut menjadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam sejarah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk mempelajari agama. Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Quran dan mengenal huruf Arab di samping mempelajar tulisan jawi. Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu. Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau di rumah guru agama.

Sistem pendidikan Islam secara formal diadakan di institusi pendidikan seperti sekolah pondok. Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif. Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di Terengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala. Kurikulum sekolah pondok terdiri daripada menghafaz Al-Quran, ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawuf dan mantiq. Lepasan sekolah pondok akan belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengajar di pondok. Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah, murid, rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama. Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.


Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN TRADISIONAL-NASI KERABU

NILAI-NILAI MURNI